Friday 16 January 2009

Sekitar Sambutan Hari 'Asyura 1430H


Jamuan Bubur 'Asyura


Penceramah Imam Saufi Hj Daud dan Pengerusi PPTP Tn Hj Ab Latif.



Sebahagian pendengar ceramah 'Hari Asyura'


Pesrta Lelaki Hafazan dan Azan bawah 12 tahun

Peserta Perempuan Hafazan bawah 12 tahun


Remaja mencuci pinggan mangkok selesai Majlis.



Tim Masak Bubur 'Asyura.

Tuesday 6 January 2009

Sempadan Taman Pahlawan


Seperti yang dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa PPTP pada Mesyuarat Pertama Disember 2008

Sunday 4 January 2009

Surau ar-Rahman, Taman Pahlawan



Pandangan dari Barat. Bangunan kanan ialah Surau ar-Rahman, Taman Pahlawan sementara dikiri ialah tempat wudhu dan bilik air lelaki dan wanita.

Di-Surau inilah kebanyakan aktibiti dan perbincangan harian AJK Persatuan Penduduk di Taman ini. Kesemua majlis sambutan hari-hari kebesaran Islam diadakan di-Surau ini.

Disebelah belakang Surau ini terdapat satu bangunan setingkat surau lama berukuran lebihkurang 25' x 30' sekarang digunakan oleh sebahagian Jemaah Surau yang untuk beriadah bermain ping-pong.

Didalam Mesyuarat Agong 6 Disember 2008, ahli-ahli bersetuju membuat usaha menaiktaraf Surau ini dengan memerlukan kos lebihkurang RM20,000. Kepada yang berhajat membuat amal jariah, bolehlah hubungi Tn Hj Mohd Saed (Naib Pengerusi / Biro Wakaf & Khairat) 017-6143743.

Kawasan Buangan Sampah

Keadaan tempat Pungutan Sampah Majlis Perbandaran Jasin yang menyedihkan. Kawasan ini terletak ditepi jalan ditengah Taman Pahlawan bersebelahan pagar Balai Raya dan berhampiran rumah kediaman. Tong sampah ini berkapasiti lebih kurang 8 meter padu sahaja bagi menampung lebih kurang 300 orang isi rumah. Laluan ini juga terbuka kepada penduduk dari Kg Paya Tanjung dan Taman Datuk Aziz serta kadangkala ada lori dari luar Taman ini yang membuang sampah disitu. Boleh dikatakan setiap hari sampah akan melimpah diluar Tong yang disediakan, menyebabkan lalat dan bau busuk kepada penghuni rumah-rumah yang berdekatan. Satu surat rasmi mengenai masaalah ini perlu dimajukan oleh Persatuan Penduduk. Dua tempat Pembuangan sampah yang berkepong dan berasingan perlu disediakan segera.

PHOTOS OF OUR ACTIVITIES

Members are welcomed to post relevant photos of activities organized by PPTP.