Sunday 4 January 2009

Kawasan Buangan Sampah

Keadaan tempat Pungutan Sampah Majlis Perbandaran Jasin yang menyedihkan. Kawasan ini terletak ditepi jalan ditengah Taman Pahlawan bersebelahan pagar Balai Raya dan berhampiran rumah kediaman. Tong sampah ini berkapasiti lebih kurang 8 meter padu sahaja bagi menampung lebih kurang 300 orang isi rumah. Laluan ini juga terbuka kepada penduduk dari Kg Paya Tanjung dan Taman Datuk Aziz serta kadangkala ada lori dari luar Taman ini yang membuang sampah disitu. Boleh dikatakan setiap hari sampah akan melimpah diluar Tong yang disediakan, menyebabkan lalat dan bau busuk kepada penghuni rumah-rumah yang berdekatan. Satu surat rasmi mengenai masaalah ini perlu dimajukan oleh Persatuan Penduduk. Dua tempat Pembuangan sampah yang berkepong dan berasingan perlu disediakan segera.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.